Friday, December 28, 2012

Kisah aku dan si Matematik 2

Okay, bersambung kisah Matematik lagi..


Haa kenapa ye dari tak suka subjek Math membawa ke Fizik pula..Bagi aku Math dan Fizik sangat berkait rapat,memandangkan dalam Fizik pun ada kira-kira.Tapi kan selepas aku repeat, aku faham satu perkara..walaupun kita tak suka sesuatu tu kita kena juga terima,hukumnya HARUS!!yelah, kalau tak,habislah aku repeatlah sampai dismiss..hahaha..sengal juga,.aku belajar sajalah,apa nak buat,kenalah terima,walaupun aku sangatlah bodoh bab kira-kira..dan yang paling seronok,walaupun aku macam ni, masih ada orang yang support aku,siapa lagi kalau bukan parents aku,Hawa dan juga Azwanku..hukhuk..love you all sangat!!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Penerimaan orang tersayang tu sangat memberikan SEMANGAT buat aku, mereka lah yang sentiasa beri dorongan dan sentiasa ada di sisi aku saat susah dan senang,bila aku malas aku akan teringat muka parents aku,muka mak dan abah tengah bertungkus lumus berkerja mencari nafkah untuk anak mereka ni haaa(tiba-tiba rasa sedih pula..huhu),muka ganas Hawa yang tengah pegang rotan(sebab bila aku malas dia cakap dia nak sebat aku) dan juga muka zawji ku yang sentiasa senyum sambil buat muka semangat(my future husband ni memang suka senyum dan sangat cute!!),wahhhh sejuk hati aku.. Mereka inilah yang buat aku jadi kuat,tulang belakang dan juga pemangkin semangat buat aku untuk menempuh hari-hari mendatang berhadapan dengan subjek yang aku lemah..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sebenarnya, subjek tu tak susah mana pun, bak kata hubby "kita yang buat dia" jadi aku buat la subjek tu semudah mungkin.Aku usaha siang malam nak bagi pro subjek ni, bila selalu buat latihan walaupun susah nak paham tapi ku tahan jebat(ehh tiba-tiba) .Bila dah terbiasa dengan subjek ni,jadi seronok pula,rasa macam makan kacang je..hahaha..alahai, takdelah susah mana pun cuma orang yang macam aku ni yang terlalu kolot pemikirannya yang tak nampak sebenarnya subjek ni mudah cuma jangan malas,itu kuncinya. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Jadi,moral of the story jangan sesekali tutup kotak pemikiran kita,jangan jadi jumud. Yakinlah pada diri sendiri,jangan jadi bodoh sombong,malas dan bebal..Bak kata mak aku,bodoh boleh belajar,malas perlu diajar(maksudnya sepak atau bagi tangan satu kali)..




Kisah aku dan si Matematik 1

Ahahhhhh!!! nak cerita pasal matematik pula kali ni..Apakah?? Aku sebagai pelajar amat tak suka pada subjek Matematik,boleh dikatakn aku lemah akan subjek ni, sangat lemah, kalau diimbas kembali, aku mula tak suka subjek ni masa aku naik tingkatan 3, aku selalu ponteng dan malas nak buat latihan Matematik,pada mulanya aku tak suka cikgu yang mengajar subjek ni,sebabnya cikgu S selalu saja bagi kata-kata pedas pada aku, aku tahulah aku selalu tak masuk kelas dia,selalu aku lah yang jadi bahan dia. Bermula dari tu aku punya result Matematik jatuh, sangatlah teruk, kalau tengok report card aku,Matematik lah yang selalu merah,huhuhu.Aku ingat lagi ada suatu hari aku tersilap bawa buku ke kelas Matematik, maklum sajalah sekolah yang ada kelas khas Matematik,semasa nak ke kelas tersebut aku dengan kelam kabutnya menyauk saja buku yang ada dalam beg, aku tak perasan yang aku tersauk buku Sains padahal cover luarnya memang jauh sangat berbeza dari segi warna,memang silap aku lah tu..Jadi aku pun berlari masuk ke kelas Matematik,masuk saja, cikgu perasan akan buku yang aku bawa,wahhh mata cyborg agaknya cikgu ni,nampak saja salah aku..Lepas saja bagi salam pada cikgu,cikgu terus cakap,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Cikgu S : "Saya ternampak ada pelajar yang bawa buku lain tadi,siapa ya??"
Aku       : Dengan beraninya aku bangun dan jawab,"Saya,cikgu."(dalam hati, wadefak!!!)
Cikgu S : "Dah taknak belajar subjek ni ke sampai bawa buku lain ke kelas saya??Awak bawa buku apa ya??"
Aku       :  Senyum kambing sambil menyirap,"buku Sains,taklah cikgu, saya nak cepat ke kelas tadi lepas tu terambil buku lain,maafkan saya".(dalam hati,benda ni pun nak dijadikan isu)
Cikgu S :  Hmmmmm..(sambil buat muka)
Aku       :  Perghhh,sakitnya hati!!


~~kawan-kawan lain hanya gelakkan aku saja ,puihh lah~~

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Haaa itulah antara situasi yang aku pernah alami,dan ia berterusan sehinggalah aku naik tingkatan 4, semasa di tingkatan 4, aku masuk kelas Sains, maklum sajalah kelas Sains mestilah belajar Matematik Tambahan,huhhhhh, main gila!!aku  memang terseksa belajar subjek tu, hanya tuhan yang tau, dan perkara yang sama berlaku kepadaku,aku jadi pelajar yang tidak digemari oleh cikgu Matematik ku..hahaha.. apa entah yang aku buat sampai aku jadi student yang paling "wanted" pada masa tu..mungkin sebab aku nakal..ahhh lantaklah..cikgu tu punyalah ajar bersungguh-sungguh membebel sampai berbuih-buih mulut, hanya 5% daripada 100% sahaja yang masuk dalam otak aku, 95% lagi hanya melintas di tepi telinga agaknya..wahahahaha..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Semasa di tingkatan 5, aku masih dalam keadaan sama masih samar-samar dengan subjek Matematik Tambahan, result aku tak usah cakaplah,10,15 dan paling tinggi 25 markah sahaja..25 tu pun dah kira membanggakanlah sebabnya dalam kelas aku ada yang dapat 0 markah(telur ayam tu,boooo~~)..hahaha..kira masuk otak jugalah apa yang diajar walaupun sedikit,bak kata orang less is more..hahaha..dan perkara yang sama berlaku pada subjek Fizik, yang mana cikgu B iaitu orang yang sama mengajar aku Matematik Tambahan,ohhh boleh gila aku asyik jumpa cikgu B banyak kali dalam satu hari..kalau dulu masa tingkatan 4 cikgu Z yang mengajar Matematik  biasa,aku sangat suka cara cikgu Z mengajar, walaupun suaranya sedikit lantang tapi aku suka..Memang ketara jugalah kalau nak dibandingkan result Matematik biasa dengan Matematik Tambahan serta Fizik aku.Dan kemudiannya cikgu B mengambil alih subjek Matematik biasa jadinya,cikgu B tersebut mengajar tiga subjek iaitu Matematik,Matematik Tambahan dan juga Fizik di kelas aku..ohhhh tolonglah!!bosan rasanya menghadap muka yang sama dalam satu hari..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aku selalu menganggap Matematik dan Fizik sangat susah, setiap kali habis musim cuti persekolahan buku pertama yang akan aku buang ialah buku Matematik.huhuhu..sampai macam tu sekali teruknya aku. Dan perkara tersebut terbawa-bawa sampailah aku masuk ke alam universiti..aku ingat takkan berjumpa dengan subjek keramat tu lagi tapi jodohku dengan si Matematik dan Fizik sangat kuat,kami berjumpa lagi dan ia menjadi subjek yang paling aku anti..seperti biasa aku selalu tidak hadir ke kelas Matematik dan Fizik,bukan sengaja tapi aku demam teruk selama 2 minggu,banyak nota serta pembelajaran Fizik dan Matematik yang aku tertinggal.Aku terus jadi spoil masuk kelas sahaja aku selalu tertidur,bersms dan juga mengelamun, setiap kali test dan quiz mesti aku fail..dan akhirnya aku repeat kedua-dua subjek tersebut.ohhh sangat tragis cerita aku..tetapi aku tak sedih sebab aku tahu dan aku memang dah dapat agak..hehe..


                    ~~to be continue~~

Syukur

Nak cerita ni, bukan nak cerita pasal si Syukur anak Cik Timah atau Cik Kiah, tapi syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi..walaupun bukan pada aku..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kakakku akhirnya hamil!! kakakku??Dah macam bunyi burung pula..kurrkurrkurr..hahaha..wahhh, aku pula yang excited..mestilah bakal jadi Cik Teh ni..takkan lah tak seronok ye tak?? Sentences pertama yang aku ucap pada akak aku masa dia bagitahu aku yang dia hamil, "tahniah!!, tak sabar nak jotos kepala anak kau bila lahir nanti"hehehe...Aku ni memang nampak kejam dan garang tapi sebenarnya aku sangat penyayang orangnya..Wahahahaha,masuk bakul angkat sendiri lah pula..tapi itulah kebenarannya..nak tahu betul atau tidak,tunggu sajalah bila anak buahku lahir nanti..jeng jeng jeng...akanku tatang bagai minyak yang penuh tak bagi tumpah sedikit pun..hehe..kononnyalah..



Ujian

Setiap manusia yang hidup di bumi tuhan ini pasti tidak akan lari daripada ujian, bermula dari kecil hinggalah dewasa semua akan merasainya...begitu juga aku,aku diuji dengan kegagalan..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kegagalan itu mematangkan,dan juga menyusahkan bagi sesiapa yang menganggap ia susah..Tetapi aku yakin tuhan mahu menguji kesabaranku, kadang kala tertanya-tanya kenapa aku perlu lalui semua ini??Mungkinkah apa yang aku usahakan tidak cukup??Kenapa tuhan tidak tolong aku??Kita sebagai manusia biasa kadang-kadang mudah melenting, mempersoalkan sesuatu yang akhirnya mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Istighfar lah.Jangan sesekali mempersoalkan apa yang tuhan beri kepada kita, ingat, jangan kufur dengan nikmat yang Allah bagi, mungkin kita gagal untuk hari ini,esok..Sedarlah,kita belum gagal seandainya kita terus mencuba,tetapi kita gagal sekiranya kita berhenti mencuba..Ingat,kejayaan serta nikmat itu perlu dicari, jangan sesekali mempersoalkan rezeki serta kejayaan yang Allah beri kepada orang lain,itu bahagian buat mereka, mungkin ada nikmat serta hikmah yang lebih besar menanti kita.Berusahalah moga-moga apa yang diusahakan membuahkan hasil dan jangan sesekali putus asa, sesungguhnya Allah tidak suka kalau kita berputus asa..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Man jadda wa jada wa man zaro'a hasada,barangsiapa yang bersungguh-sungguh dia akan mendapatkannya..=)






Saturday, March 31, 2012

Bertahanlah wahai hati



Semakin hari terasa semakin kosong..mungkin terlalu berharap dan menanti..hanya mampu menanti hingga sepi sendiri..hanya mampu tersenyum bila kian dilupakan...mungkinkah aku ini hanya fobia atau terlalu mengikut perasaan..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

anggaplah itu perkara biasa, apabila muncul hari esok rasa itu pasti terhakis.. walaupun tak upaya menanggung beban, bersabarlah hatiku..mungkin itu caranya, beri kesempatan lagi..

Selamat tinggal kawan-kawan

Dah lama tak menaip..kisahnya diploma yang ku tatang sepatutnya habis awal tetapi disebabkan dek kelalaian dan terlebih main buat aku tersangkut..tapi tak mengapa no regrets at all, atleast jadi jugak student yang banyk makan garam dan pengalaman tak semua orang pernah alami...hahaha.. dan sangat seronok melihat kawan-kawan lain graduasi bersama-sama..aku hanya mampu menumpang gembira dan tersenyum..ohh indahnya kalau aku pun ada sama..tak kisahlah, yang penting aku perlu menghabiskan apa yang aku mulakan, tanggungjawab sebagai pelajar yang tidak akan tamat sampai bila-bila..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

selama tiga tahun menjadi pelajar diploma sains di UITM Jengka, pahit manis masin kelat segalanya aku rasai  sepanjang aku berdiploma bersama teman-teman aku..bila diimbas balik rasa nak alami semua tu semula walaupun ada juga dikalangan kawan-kawan aku yang jenis bermuka-muka dan sedikit biadap,tapi tak perlulah disebut..cukuplah sebagai kenangan atau memori yang pahit..entah bila lagi dapat jumpa dengan kawan-kawan semua.. 

mungkin 10 tahun dari sekarang kalau tak dijemput Illahi kita akan berjumpa kembali, InsyaAllah..  masa tu semua dah kahwin dan ada anak..dan mungkin aku dah jadi orang ternama di Jengka ni, hidup gembira bersama azwan dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel..hahaha..angan-angan nak besar,perasan je lebih..Amin..tak mustahil kan semua itu, bersangka baiklah dengan apa yang bakal berlaku.. InsyaAllah ia pasti berlaku..

Aku doakan semua kawan-kawan aku bahagia  di dunia dan akhirat..aku sayang kalian semua.. semoga jalinan yang terjalin ni tidak akan putus sampai bila-bila..

girls of DIS ~ Hawa,Ekin,Izni,Ain,Azie,Kak Jun,Kak Biey,Kak Nab,Kak Ah,Afif,Jaisyah,Bell,Nad,Nety,Ezah,Erna,Ilah

boys of DIS~Amir,Am,Erie,Anep,Nizar,Syakir,Daniel