Wednesday, June 29, 2011

Tersangat gembira

Baiklah, sebenarnya aku tak gembira pun.. "tersangat" gembira tu hanyalah terms yang boleh dikatakan sinis atau pun ala-ala menganjing..menganjing di sini bukanlah "anjing" atau dog(wof wof wof)  siap buat bunyi lagi..hehe.. Hanya sekadar berkongsi rasa yang sangat sedih kerana tidak dapat menjawab soalan quiz csc (sesiapa yang penah belajar tahu lah) dengan jayanya.. Maafkan saya sir, saya memang agak bengap bab-bab komputer ni...hehe

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

bagi aku coding sangat susah..bukanlah susah apa pun,cuma banyak sign yang perlu difahami dan dihafal, bagi aku, aku jenis yang boleh menghafal tapi kalau melibatkan sign ataupun bentuk-bentuk dalam coding tu agak sukar bagi aku,walaupun mudah bagi sesetengah pihak tapi bukan mudah untuk aku..dan aku tabik pada sesiapa yang berkecimpung atau belajar dalam bidang ni..mahu putus urat aku belajar benda alah ni..huhu..agak-agaknyalah kalau dibedah otak Bill Gates mesti banyak saraf yang bersimpul..hahaha..suka-suka hati membuat andaian..mungkin aku bukan dilahirkan untuk mencintai bidang ini,walaubagaimanapun aku mesti belajar..ilmu itukan untuk dipelajari jadi belajar dengan ikhlas..itu kuncinya..waahhh berpuitis pula..kata hikmat tu..



Tuesday, June 28, 2011

Gagal

Haahhhhh..memang terkejut dan naik darah bila dapat tahu adik aku gagal Bahasa Melayu...haiyooooo...
Rasa kelakar pun ada dan sedih pun ada,bercampur baur...Adik aku hanya mampu tersengih,senyum kambing lagi...apalah nak jadi....kalau yang fail tu bahasa asing bolehlah diterima lagi,ini Bahasa Melayu pun boleh gagal...persoalan diutarakan di situ....semasa di zaman persekolahan dulu,aku punyalah takut nak tunjuk result pada mak dan abah sebab aku gagal addmath..tapi adik aku siap tunjuk pada parents aku macam dia cemerlang..hishhhh,macam-macam.....seolah-olah kegagalan itu sesuatu yang membanggakan...suruh belajar ada sahaja jawapannya...

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

mungkin selama ini dia dimanjakan dengan ps2,iphone dan sebagainya...semua yang dia inginkan dia dapat..tapi aku serta adik-beradik yang lain tidak merasa semua itu, bukannay cemburu cuma sekadar menyuarakan apa yang aku rasa...huhu...hmmm,bila abah marah mulalah menangis...hahhh,puas hati aku..menangis juga kau akhirnye...hahahahahaha...baru ku puas baru ku puas...apa pun tak boleh..hehehehehehe(gelak jahat) terasa macam menang loteri bila dapat tengok dia menangis..hahahahaha...jahat kan aku...tapi sebagai seorang kakak yang selalu kena buli dengan adik,aku dapat rasai kepuasan mendengar tangisanmu wahai adikku..hahahahaha..gelak lagi...itu maknanya gelak puas..hehehe..ok la..sampai sini sahaja aku nak gelakkan adik aku...

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sebenarnya kegagalan itu perkara biasa..aku juga pernah gagal dan banyak kali gagal,cuma apa yang membandingkan kita dengan orang lain ialah bagaimana kita berhadapan dengan kegagalan tersebut,seperti adik aku, aku boleh anggap yang dia mampu mengatasi rasa sedih walaupun dia gagal,tapi mungkin juga dia puas dengan hasil usaha yang sedikit maka itulah hasilnya..maka berusahalah sesungguhnya setiap apa yang diusahakan itu pasti membuahkan hasil,gagal atau tidak itu belakang kira,sesungguhnya kita sudah berusaha selebihnya serahkan sahaja kepada Allah..kita dikira gagal sekiranya kita berhenti mencuba setelah kita gagal..bagi aku..di mana ada kegagalan di situ letaknya kejayaan..

Aku tak bodoh

Aku tak bodoh

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pada mulanya aku malas nak tengok cerita ni..tapi adik aku sibuk suruh aku tengok...katanya cerita ni sedih dan aku pun tontonlah..huhu..memang sedih pun...memang ada situasi dan apa yang dilakonkan itu hanyalah perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan kita...sejujurnya,semasa aku tingkatan tiga aku pernah rasa mahu lari dari rumah sebabnya aku rasa parents aku mengabaikan aku..tapi akhirny,alhamdulillah aku tak buat macam tu...huhuhu...gila kan???okay..berbalik semula dengan cerita tadi....betul-betul dari lubuk hati aku...cerita ni bestttttttt....walaupun ada orang cakap cerita ni ciplak dari filem luar...tapi it's ok rasanya asalkan  mesej dalam cerita ini dapat disampaikan dan memberi impak yang baik untuk semua...

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

dan apa yang berlaku dalam filem  itu memang pernah terjadi pada aku....ada satu petikan dari filem tu kalau tak silap aku lah...."aku tak bodoh,kebanyakan  subjek aku dapat 70 markah,tapi kenapa orang dewasa tak pernah puji,apa pasal ya??".memang,aku pernah mempersoalkan benda yang sama masa aku sekolah dulu ,masa aku dapat result pmr...memanglah result aku tak gempak macam orang lain,juz setakat 3A sahaja ..apalah sangat kan..lainlah kalau subjek tu ada 3 sahaja..hikhik....mak aku tak pernah pun puji dan dia akan cakap "itu sahaja ke yang mampu????"ucapan tu yang membuatkan aku takut nak tunjukkan report card pada mak aku, memang kena sebiji atas batang hidung...

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

tapi sebenarnya aku tahu mak mahukan yang terbaik untuk anak dia...memang pada mulanya rase nak meleleh jugalah bila kena 'smash' dengan mak tapi lama-lama ia menjadi kebiasaan....aku anggap kata-kata mak tu sebagai pemangkin semangat untuk aku....dan mulai dari hari aku kena 'smash' tu aku hanya fikir positif...mak memang seorang yang suka bagi kata-kata yang agak pedih bila di dengar tetapi sebenarnya niat dia hanya mahu anak-anaknya kuat dan sentiasa berusaha..mak aku memang begitu tetapi aku sangat sayangkan mak aku..